fbpx

Lewandowski lebih yakin bersama Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWY (kanan) percaya peluangnya memenangi Ballon d’Or lebih cerah bersama Barcelona berbanding ketika di Bayern. – AFP

BARCELONA – Penyerang antarabangsa Poland, Robert Lewandowski percaya, keputusan untuk berhijrah ke Barcelona adalah langkah yang tepat kerana peluang untuk memenangi ­Ballon d’Or lebih cerah berban­ding ketika bersama Bayern Munich.

Katanya, kelab Barcelona mampu dijadikan sebagai ‘batu loncatan’ bagi memastikan impiannya untuk menerima pengiktirafan sebagai pemain terbaik dunia menjadi realiti pada masa akan datang.

“Secara jujur, saya anggap keputusan untuk berhijrah ke Barcelona adalah langkah yang tepat kerana kelab ini bukan sahaja boleh meningkatkan karier sebagai pemain, malah membuka peluang untuk menjadi pemenang Ballon d’Or satu hari nanti.

“Impian tersebut mungkin sukar untuk direalisasikan andai saya masih kekal di Bayern kerana saya perlu membuktikan sesuatu. Apa yang pasti, saya bersyukur kerana penyokong Barcelona terima kehadiran saya dengan hati terbuka,” katanya.

Sebagai rekod, Lewandowski telah mempamerkan prestasi terbaiknya pada tahun 2020 apabila membantu Bayern menjua­rai Liga Juara-Juara, sekali gus menjadi pilihan utama menjuarai Ballon d’Or tahun itu.

Namun, nasib malang menimpa apabila penganjur anugerah berprestij itu, majalah France Football membatalkan penganjuran ekoran pandemik Covid-19 sebelum Lionel Messi menang pada edisi 2021.

Pada edisi tahun ini yang dijangka berlangsung bulan depan, penyerang Real Madrid, Karim Benzema dilihat menjadi calon utama untuk menang anugerah ­Ballon d’Or buat kali pertama dalam kariernya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI