fbpx

Kuota pengambilan 10,000 pekerja Sri Lanka diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan meluluskan pengambilan 10,000 pekerja asing warga Sri Lanka bagi mengisi keperluan tenaga kerja di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, kelulusan pengambilan pekerja asing itu diputuskan pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 September lalu.

Beliau berkata, kelulusan itu diberikan selepas mengambil kira keadaan negara tersebut yang kini dilanda krisis ekonomi.

“Sebelum ini juga, kerajaan Sri Lanka telah mengemukakan permohonan rasmi untuk membekalkan tenaga kerja dan memohon kuota sebanyak 10,000 pekerja.

“Langkah ini adalah salah satu usaha Malaysia untuk membantu Sri Lanka yang sedang berdepan krisis ekonomi terburuk di negara itu,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, beliau menggesa pihak industri dan majikan untuk memberi sokongan kepada niat murni kerajaan ini dengan menggajikan pekerja warga asing dari Sri Lanka bagi mengisi kekosongan pekerjaan dalam sektor yang dibenarkan.

Saravanan berkata, mana-mana majikan yang telah diberi kelulusan kuota dan telah menyelesaikan bayaran levi boleh merebut peluang ini.

“Sehingga 14 September lalu, bayaran levi telah dibuat bagi 416,634 permohonan pekerja warga asing.

“Bagi mana-mana majikan yang berminat, mereka boleh terus menghubungi Bahagian Pengurusan Pekerja Migran KSM ([email protected]) atau Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ([email protected]) untuk maklumat lanjut,” katanya . – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI