fbpx

IU si cantik berhati mulia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IU

TAHUN ini sahaja, sudah berapa kali penyanyi terkenal IU menyalurkan sumbangan buat golongan memerlukan.

Terkini, dia dilaporkan sekali lagi membuat sumbangan bermakna apabila menyalurkan dana sebanyak RM652,851 kepada sebuah pusat kebajikan.

Sumbangan besar tersebut dilakukan penyanyi kecil molek itu sempena meraikan ulang tahun ke-14 dalam industri.

Menurut laporan, sumbangan tersebut diagihkan sama rata kepada dua pusat kebajikan iaitu Yayasan Kebajikan Masyarakat Asan dan Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Metropolitan Seoul.

Penyanyi yang baru sahaja menjayakan konsert mega selama dua hari di Seoul itu menggunakan nama IUaena (gabungan namanya dan nama kelab peminat, Uaena) ketika membuat sumbangan berkenaan.

“Bersama Uaena yang selalu memberikan keajaiban selama lebih sedekad ini, saya kongsikan (sumbangan) dengan hati yang bahagia.

“Saya harap hati kita semua dapat bersatu demi membawa keajaiban kepada orang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI