fbpx
PERANTI terbaharu ini didatangkan dengan ciri terkini seperti pembatan hingar aktif hibrid (ANC), bluetooth multipoint dan jangka hayat bateri yang hebat.

Fon telinga untuk gaya lebih aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

FON telinga kini menjadi antara peranti yang menjadi sebahagian daripada kehidupan generasi masa kini.

Menyedari hal tersebut, peneraju peranti audio, Jabra melancarkan fon telinga terkini mereka iaitu Jabra Elite 5.

Peranti ini didatangkan dengan ciri terkini seperti pembatan hingar aktif hibrid (ANC), bluetooth multipoint dan jangka hayat bateri yang hebat.

Jika anda mudah terganggu dengan bunyi sekeliling, pengguna dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada tugas dengan ciri ANC ini.
ANC menggabungkan mikrofon maklum balas dalam telinga dan suapan hadapan pada bahagian luar.

Fon telinga ini memberikan pengguna kebebasan terbaik daripada kehidupan seharian yang sibuk.

Ini membolehkan mereka menikmati alunan kemerduan muzik atau berhubung dengan rakan dan keluarga semasa dalam perjalanan hanya dengan satu sentuhan butang.

Selain itu, Jabra Elite 5 membolehkan individu menerima panggilan dengan yakin menerusi teknologi panggilan enam mikrofon.

Ini dilakukan dengan mikrofon luaran yang aktif sepanjang masa dan mikrofon dalaman yang memberikan bantuan kepada suara anda ketika suasana berangin.

Apabila memakai fon telinga, anda menerima bunyi sangat baik daripada pembesar suara 6 milimeter.

Dalam pada itu, melalui fon telinga ini juga anda kekal terhubung dengan dua peranti serentak.

Berbicara tentang jangka hayat bateri, peranti ini mampu bertahan tujuh sehingga 28 jam dengan sarung pengecasan.

Peranti ini juga boleh digunakan ketika cuaca hujan mahupun panas kerana ada penarafan ketahanan IP55.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN