fbpx
Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd. Hashim (tengah) bersama mangsa di Phnom Penh sebelum balik ke tanah air semalam. - FOTO/ IHSAN WISMA PUTRA

99 mangsa sindiket penipuan kerja masih gagal dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Sejumlah 301 laporan berhubung kes mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara diterima setakat hari ini.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu, seramai 168 mangsa sudah berjaya diselamatkan dan selamat pulang ke tanah air, manakala 34 orang lagi berada di depoh tahanan imigresen negara terlibat.

“Baki 99 individu yang dilaporkan waris masih gagal ditemui dan sedang dikesan oleh pihak berkuasa di negara tersebut,” katanya di sini tadi.

Katanya, angka berkenaan turut melibatkan seramai 54 orang di Myanmar, 28 orang di Laos dan 12 orang di Thailand yang sedang giat dijejaki oleh pihak kedutaan Malaysia di negara tersebut.

“Susulan itu, kami jaminan bahawa usaha pengesanan, menyelamat dan membawa balik warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket masih terus dipergiatkan termasuk di Kemboja,” jelasnya.

Semalam, seramai 15 orang mangsa selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Phnom Penh melalui pesawat Air Asia penerbangan AK 535 pada pukul 11.50 malam.

Sebelum ini, Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah telah mengadakan perjumpaan secara maya bersama duta besar di empat negara itu selain terus berusaha keras untuk membawa warganegara terkandas pulang ke tanah air.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad hari ini telah membawa isu itu untuk dimaklumkan dalam mesyuarat Kabinet.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengarahkan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelesaikan isu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

POPULAR