fbpx

Jangan kena pijak dengan orang ketiga – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI SARAH

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Sarah menasihatkan kaum wanita di luar sana agar berani mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Ujar pelakon itu, sebagai wanita dan juga isteri, mereka tidak seharusnya membiarkan kepala dipijak oleh orang ketiga yang mengganggu keharmonian sesebuah rumah tangga..

Puteri Sarah, 37, berkata demikian sebagai responsnya terhadap satu kiriman mesej dalam Instagram daripada seorang wanita yang bertanya tentang prosedur undang-undang terhadap orang ketiga.

“Bertabahlah wanita-wanita di luar sana. Ramai mesej saya. Tolong ambil tindakan untuk diri sendiri. Jangan bagi kena pijak kepala dengan orang ketiga,” tegasnya.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu menghantar mesej tersebut dengan mendedahkan, rumah tangga abang dan kakak iparnya goyah dek gangguan orang ketiga.

Dia yang mewakili kakak iparnya bertanya kepada pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu jika ada mana-mana prosedur undang-undang sivil yang boleh dikenakan terhadap orang ketiga.

“Ada tindakan sivil. Kalau awak ikut kes saya, saya ambil dua tindakan undang-undang. Sivil dan syariah.

“Untuk sivil, saya dapat perintah injuksi sebab dia kacau tanpa henti,” jawab Puteri Sarah.

Pada 30 Jun lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu memfailkan saman terhadap seorang wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya sejak empat tahun lepas.

Malah, dia juga mendapatkan perintah interim injuksi kepada pihak defendan agar berhenti meluah atau menyebarkan sebarang gangguan dalam media sosial.

Pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof berlarutan sejak empat tahun lalu selepas wanita itu mengganggunya bermula 2019.

Susulan itu, Puteri Sarah mengakui tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul yang dikahwininya sejak 2014. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI