fbpx

Selamatkan Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing – CAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Kelantan, jabatan dan agensi terlibat digesa mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan lebih 3,000 Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang yang kini berdepan ancaman kehidupan akibat aktiviti pertanian sehingga menjejaskan alam sekitar di kawasan itu.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, sebanyak tujuh kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur telah berlaku di kawasan berkenaan sejak 2017 hingga Jun 2022.

Mohideen Abdul Kader

Menurutnya, masalah tersebut telah menimbulkan kebimbangan masyarakat Orang Asli yang tinggal berhampiran berikutan kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Antara lokasi yang terdedah kepada ancaman tersebut adalah Kampung Jedip, Brooke Lama, King Kong, Sang Wai A dan B, Sendrop, Bahong, Mendrop, Hendrop dan Kampung Jekjok.

“Kampung-kampung ini sudah wujud lebih 30 tahun yang lalu dan sekarang kawasan ini menjadi tumpuan para pengusaha pertanian menjalankan aktiviti mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohideen, CAP memandang serius dan bersimpati dengan masyarakat Orang Asli yang tinggal di Tanah Tinggi Lojing sekali gus menggesa pihak kerajaan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera bagi menanganinya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI