fbpx

Presiden Armenia selamba rakam gambar depan keranda Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman siaran langsung yang memaparkan pembantu Khachaturyan mengambil gambar beliau semasa berada dalam Westminster Hall. - BBC

LONDON – Presiden Armenia, Vahagn Khachaturyan tanpa segan silu melanggar protokol  rasmi apabila merakam gambar memberi tunduk hormat kepada keranda Ratu Elizabeth II di Dewan Westminster, lapor akhbar Metro UK semalam.

Kejadian tersebut sempat dirakam oleh Badan Penyiaran Britain (BBC) yang membuat siaran langsung upacara penghormatan terakhir itu sejak Khamis lalu.

Salah seorang pembantu peribadi Khachaturyan dilihat mengeluarkan telefon bimbit dan merakam gambar beliau di hadapan keranda Ratu Elizabeth II.

Panduan rasmi kerajaan jelas menyatakan bahawa orang ramai yang masuk untuk memberi penghormatan terakhir tidak boleh merakam video, gambar, menggunakan telefon bimbit atau peranti pegang tangan lain di zon keselamatan atau di dalam Dewan Westminster.

“Semua orang mematuhi peraturan itu dengan betul selain daripada individu ini,” kata seorang sumber kepada akhbar The Sun UK. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI