fbpx
QUEEN menganggap nama unik membawa tuah apabila dia dikenali ramai dan berada pada tahap sekarang.

Dikecam gedik kerana nama Queen Sayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Gadis yang menghiasi kolum Pesona Ahad minggu ini, Nurqueen Sayang Dinnie Wirakarnain se­ring menjadi perhatian kerana namanya yang begitu unik.

Selain itu, gadis yang mesra disapa Queen, 24, ini mempunyai aura tersendiri kerana memiliki persona­liti yang lemah lembut dan wajah yang ayu. Baru-baru ini, anak Kuala Lumpur ini sekali lagi menjadi tular dalam media sosial kerana namanya yang dianggap ‘lain daripada yang lain’.

Kepada Kos­mo! Ahad, pene­rima Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Graduan Terbaik Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu bercerita lanjut me­ngenai dirinya.

Kosmo! Ahad: Boleh ceritakan tentang diri Queen?
Queen: Saya merupakan anak ketiga daripada enam beradik. Kesemua adik beradik adalah perempuan. Saya bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas dan kini me­nyambung pe­ngajian peringkat sarjana dalam Sains Komputer.

Apakah kisah di sebalik nama Nurqueen Sayang?
Pemilihan nama saya dan adik-beradik adalah idea arwah bapa dan ibu. Setiap nama kami bermula dengan Queen diakhiri ‘Dinnie’. Perkataan Queen diambil sempena nama hospital tempat kelahiran kakak sulung iaitu Queen’s Medical Centre. Ketika itu, arwah bapa menyambung pengajian di England. Nama Sa­yang pula nenek, Fuziah A. Rahman minta letak sebab susah hendak buat pilihan ketika itu.

Sukar tak memiliki nama yang unik?
Bagi saya, memiliki nama lain dari yang lain ini membuka pintu rezeki luar jangka. Ke mana saya pergi, orang mudah ingat. Di­sebabkan nama ini menjadi perhatian ramai, saya berjaya berada pada tahap sekarang. Tetapi ada juga orang salah faham sehingga melabel saya perempuan gedik atau mengada apabila saya perkenal diri Queen. Mereka sangka itu nama samaran.

Bagaimana Queen terjebak sebagai influencer?
Pengikut saya di media sosial mula melonjak pada 2021 selepas memuat naik video nama unik ini. Saya tak sangka tahun ini nama kembali tular dan meraih sebanyak 1.4 juta tontonan. Saya juga buat video penjelasan nama Queen Sayang dan ia ‘meletup’.

Bagaimana Queen bahagi masa bekerja, belajar dan sebagai pempengaruh?
Saya mengutamakan kerjaya sebagai jurutera. Menghasilkan video untuk kandungan media sosial pula dibuat kerana minat dan suka-suka.

Apa yang menarik mengenai Queen?
Ramai yang tidak tahu Queen tidak pandai marah orang. Saya juga aktif sukan bola jaring.

Ciri-ciri lelaki idaman?
Bertanggungjawab dan mampu membimbing saya dunia dan akhirat. Dia juga mesti hormati orang tua, lebih-lebih lagi ibu saya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN