fbpx

Armenia, Azerbaijan ‘bertempur’ di PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAJLIS Keselamatan PBB bersidang bagi membincangkan konflik Nagorno-Karabakh di New York semalam. – AFP

 

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB), New York – Armenia dan Azerbaijan ‘bertempur’ dalam sidang Majlis Keselamatan PBB di sini semalam, tidak lama selepas kemenangan mudah Baku di Nagorno-Karabakh.

Barat yang diketuai Perancis menggesa jaminan keselamatan daripada Azerbaijan. 

Paris meminta Majlis Keselamatan mengadakan mesyuarat tergempar selepas tentera Azerbaijan menakluki wilayah pergunungan itu yang dikuasai etnik Armenia dan diperintah oleh kumpulan pemisah sejak tahun 1990-an, pada Selasa lalu 

Bercakap pada sidang tersebut, Menteri Luar Armenia, Ararat Mirzoyan menggesa dunia supaya tidak lagi bercakap menyebelahi mana-mana pihak.

“Tiada lagi pihak (Armenia atau Azerbaijan) dalam konflik ini (Nagorno-Karabakh) tetapi hanya penyerang dan mangsa. Tiada lagi konflik tetapi bahaya kekejaman.

“Secara literal, seluruh wilayah Nagorno-Karabakh dibedil bertalu-talu dan membabi buta menggunakan peluru berpandu serta artileri berat termasuk bom berangkai.

“Kedahsyatan dan kekejaman serangan ini (Azerbaijan) jelas menunjukkan niat untuk memuktamadkan penghapusan etnik populasi Armenia,” kata Mirzoyan.

Beberapa anggota pemisah etnik Armenia berkata, serangan selama 24 jam itu membunuh sekurang-kurangnya 200 orang dan mencederakan 400 yang lain.

Menteri Luar Azerbaijan, Jeyhun Bayramov bagaimanapun menuduh Armenia menyebarkan maklumat palsu.

“Cubaan Armenia untuk mengeksploitasi Majlis Keselamatan PBB dalam kempen untuk menipu masyarakat antarabangsa amat dikesali,” katanya.

Menuduh Majlis Keselamatan berat sebelah, beliau berkata, Armenia sudah lama mengapi-apikan pemisahan di Nagorno-Karabakh termasuk melalui sokongan ketenteraan kepada kumpuan pemberontak.

Barat bagaimanapun mendesak Azerbaijan supaya melindungi populasi wilayah tersebut. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI