fbpx

Perniagaan perlu terus berkembang walaupun OPR naik lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS)  dinasihatkan mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan operasi dan perniagaan mereka terus berkembang untuk mengurangkan tekanan daripada semakan menaik terkini Kadar Dasar Semalaman (OPR)  kepada 2.50 peratus seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Aria Putera Ismail berkata, semakan  menaik yang terbaharu ini mengesahkan pendirian BNM dalam menormalisasikan OPR secara beransur-ansur untuk mengekang tekanan inflasi.

Inflasi negara telah meningkat kepada 4.4 peratus terutamanya disebabkan oleh inflasi makanan yang melonjak kepada tujuh peratus tahun ke tahun pada Julai 2022, berbanding purata lima tahun pra-pandemik sebanyak tiga peratus.

“Walaupun trend OPR menaik, ekonomi Malaysia terus mencatat pertumbuhan positif. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia berkembang dengan kukuh sebanyak 8.9 peratus  berbanding 5.0 peratus pada suku pertama,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Selain itu, Ketua Pegawai Risiko Kumpulan SME Bank, Mohammad Azam Ahmad menerangkan, petunjuk ekonomi utama setakat ini menunjuk ke arah pemulihan yang teguh disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, faktor kesan asas, penambahbaikan dalam keadaan pasaran buruh dan prospek pendapatan, langkah dasar yang banyak menyokong dan permintaan luar yang berdaya tahan.

“Walau bagaimanapun, risiko penurunan kepada pemulihan tetap ada akibat daripada pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan, tekanan kos yang meningkat, konflik geopolitik yang semakin meruncing, gangguan rantaian bekalan yang berpanjangan dan keadaan pasaran
kewangan yang semakin meruncing dalam ekonomi maju.

“Untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan kestabilan harga, BNM perlu menaikkan OPR supaya inflasi terus terkawal dan turun naik yang melampau dalam Ringgit dapat dicegah,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI