fbpx

Leona belajar di UK, Azhar harap bawa balik imej baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK pelakon Azhar Sulaiman yang juga selebriti media sosial, Kasih Iris Leona sudah berangkat ke United Kingdom semalam bagi melanjutkan pengajian di sana.

PETALING JAYA – Sama seperti bapa lain, pelakon Azhar Sulaiman berharap anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK) akan membawa pulang imej baharu selepas pulang ke tanah air kelak.

Azhar, 51, menerusi satu hantaran Instagram berkata, tiga tahun melanjutkan pengajian bukan satu tempoh yang panjang dan dia mahu melihat anaknya berubah menjadi individu lebih baik.

“Saya tidak rasa sedih sangat, mungkin kerana mereka sudah mengembara ke seluruh negara sejak kecil dengan menyertai pelbagai program.

“Tempoh tiga tahun tidak lama dan cukup masa untuk Leona pulang dengan imej baharu. United Kingdom sejuk,” katanya.

Pelakon drama Keluarga Iskandar itu juga menitipkan doa agar anaknya memanfaatkan peluang tersebut dengan belajar bersungguh-sungguh.

“Belajar dengan baik dan jangan tinggal solat. Dunia saya akan sunyi selepas ini,” ujarnya.

Sementara itu, Leona turut meluahkan rasa sedih kerana perlu meninggalkan tanah air untuk melanjutkan pelajaran.

“Ini pertama kali memberitahu anda semua, saya sangat sedih dan akan meninggalkan negara untuk menyambung pengajian hari ini (semalam).

“Saya menangis sepanjang hari ini dan tidak boleh berhenti mengalirkan air mata,” kongsinya dalam video TikTok semalam.

Tambah gadis berusia 20 tahun itu, antara sebab utama dia berasa terlalu sedih apabila perlu berpisah dengan kehidupan di Malaysia terutama keluarga.

“Saya akan sangat merindui rumah dan belum bersedia untuk memulakan fasa baharu dalam kehidupan,” katanya sambil menangis.

Difahamkan, selain Leona, kembar lelakinya, Andika Rees Pahamin turut sama berlepas melanjutkan pelajaran ke UK, namun berbeza tempat pengajian.

Terdahulu, nama Leona sering menjadi bahan bualan dan kecaman netizen susulan aksinya yang gemar menari dan penampilan seksi.

Untuk rekod, selain Leona dan Andika, Azhar yang mendirikan rumah tangga dengan Chempaka Amalin Pahamin turut memiliki seorang lagi anak perempuan, Kasih Leia Ixora. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI