fbpx

Tiga keluarga dipindahkan akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir (kanan) mendaftar di PPS Dewan Semanggol setelah rumah mereka dinaiki air pada awal pagi tadi. - Foto WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Seramai 12 orang daripada tiga buah keluarga terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Semanggol di sini setelah rumah mereka dinaiki air banjir pada awal pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian, Mohd. Sabli Bakri berkata, kejadian banjir berlaku di Kampung Bukit Semanggol berikutan hujan lebat sejak tengah malam semalam.

“Saya telah membuat pengumuman membuka PPS di Dewan Semanggol terletak bersebelahan Pejabat Penghulu Gunung Semanggol bermula pukul 12 tengah hari tadi.

“Pelbagai agensi telah digerakkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir itu dari pelbagai aspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan sebanyak 30 buah rumah dan sekolah dimasuki air.

“Sebanyak 15 buah rumah dan sekolah telah dimasuki air sedalam 0.3 meter manakala 15 buah rumah lagi hanya dinaiki air di kawasan halaman rumah.

“Tindakan yang dilakukan oleh pihak Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Kerian adalah melaksanakan pemantauan di kawasan terlibat serta akan memasang pam bergerak sekiranya diperlukan pada tempat yang sesuai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI