fbpx

Kongsi foto bercuti, Fizo Omar pula diperli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN percutian Fizo Omar bersama isteri menjadi sasaran netizen melepaskan rasa tidak puas hati terhadap pelakon yang terjebak sebuah iklan penipuan baru-baru ini.

SEBELUM ini, kecoh dalam media sosial tentang pelakon Fizo Omar yang dikatakan terlibat dengan kegiatan scam.

Sehingga hari ini, nama Fizo masih lagi menjadi sebutan ramai. Mana tidaknya, iklan yang memaparkan wajahnya dengan Wak Doyok tular sehingga menjadi bahan kecaman ramai.

Tapi sampai sekarang, masih tiada sebarang penjelasan daripada pelakon tersebut mengenai penglibatannya.

Baru-baru ini, foto dia bercuti menaiki jetski bersama isteri tercinta turut menjadi platform netizen melemparkan kecaman.

Ada pula yang memerli dengan mendakwa dia menggunakan wang haram untuk bercuti dan bergembira bersama keluarga.

“Bercuti guna duit ‘scammer’ ke?” soal netizen.

“Nak bercuti mewah punya pasal, memanglah kena bedal apa sahaja tawaran iklan,” perli seorang lagi pengguna TikTok.

Nampaknya, selagi Fizo belum bersuara, pasti kecaman tersebut tidak akan berhenti.

DIVA: Meriahnya aktiviti Keretapi Sarong 2022. Harmoni sangat rasa melihat penglibatan pelbagai kaum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI