fbpx

Britain larang delegasi China lihat keranda Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Qishan melawat kedutaan British di Beijing untuk berkabung atas kematian Ratu Elizabeth II. - Xinhua

LONDON  – China mengecam Britain sebagai ‘tidak beradab’ selepas delegasinya dilarang daripada melihat keranda  berisi jasad Ratu Elizabeth II, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Beijing menyatakan delegasi berkenaan menerima jemputan  Istiadat Pengebumian Negara yang dijadualkan esok.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning  mengkritik langkah itu sambil menambah,  Britain sepatutnya lebih peka tentang protokol diplomatik dan adab yang betul untuk menerima tetamu.

Semua ketua negara yang berlepas ke kota  London untuk majlis pengebumian esok telah menerima jemputan untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Elizabeth II di Dewan Westminster sebelum majlis pengebumiannya.

Presiden China, Xi Jinping turut menerima jemputan itu, namun memilih untuk menghantar delegasi  diketuai oleh Naib Presiden, Wang Qishan.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat,  Lindsay Hoyle menafikan permintaan untuk delegasi tersebut mengikuti sesi penghormatan terakhir di Dewan Westminster di banguna Parlimen  yang dianggap sebagai pusat demokrasi Britain.

Hoyle menegaskan bahawa pegawai-pegawai  China tidak wajar dibenarkan memasuki Parlimen selepas Beijing melaksanakan sekatan terhadap beberapa anggota Dewan Rakyat kerana mengutuk pencabulan hak asasi manusia terhadap etnik Islam Uighur.

Beijing kini menyatakan bahawa pihaknya belum memutuskan sama ada untuk menghantar wakil susulan larangan tersebut.

Ditanya mengenai pandangan Perdana Menteri Britain, Liz Truss mengenai isu itu, seorang jurucakap beliau memaklumkan bahwa Truss enggan masuk campur.

“Kemasukan ke Parlimen adalah urusan Parlimen,” demikian menurut jurucakap itu.

Kira-kira 500 ketua negara, pemimpin dan orang kenamaan dari seluruh dunia akan berlepas u ke London untuk majlis pengebumian negara dalam acara diplomatik antara yang  terbesar di Britain sejak beberapa dekad lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI