fbpx

Perarakan kenderaan berhias Terengganu meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan berhias Kemaman yang muncul juara melintasi khemah diraja Di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Lebih 8,000 rakyat Terengganu tidak melepaskan peluang menyaksikan perarakan kenderaan berhias sempena sambutan Hari Keputeraan ke-60 Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.

Mereka membanjiri Dataran Batu Burok di sini sejak pukul 6.30 petang bagi menyaksikan perarakan tersebut yang kembali dianjurkan selepas kali terakhir pada tahun 2015.

Perarakan kenderaan berhias tersebut bertujuan untuk menonjolkan keistimewaan produk terdapat di setiap daerah dan agensi kerajaan negeri di Terengganu.

Program tahun ini disertai lapan kenderaan yang mewakili kesemua pejabat tanah dan daerah di seluruh Terengganu.

Selain itu, sebanyak 16 beca berhias yang mewakili agensi kerajaan negeri Terengganu turut serta dalam perarakan yang diadakan pada Hari Malaysia tersebut.

Kesemua lapan kenderaan dan beca berhias berkenaan berarak sejauh kira-kira 3.2 kilometer dari Dataran Shah Bandar sehingga Dataran Batu Burok di sini.

Kenderaan berhias Kemaman yang menampilkan tiga elemen melambangkan identiti daerah itu iaitu kepala kapal (Pelabuhan Kemaman), flora fauna dan maskot binatang (Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman) serta minyak (hub industri petroleum dan gas terbesar Semenanjung Malaysia) dinobat sebagai juara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI