fbpx

Ibu tunggal berhasrat tunai umrah dengan elaun tertunggak arwah suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ngah (kanan) terharu memegang replika cek elaun tertunggak arwah suaminya yang merupakan bekas bilal masjid di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang ibu tunggal sebak menerima elaun tunggakan sebanyak RM64,175 bagi pihak arwah suaminya yang meninggal dunia pada tahun 2017.

Ngah Osman, 74, berkata, sebelum meninggal dunia, arwah suaminya, Ismail Abas bertugas sebagai bilal Masjid Kampung Kolam Kuala Ibai di sini selama 34 tahun.

“Saya pun sebenarnya sudah lupa tentang elaun tertunggak ini, tidak sangka jumlahnya sangat banyak dan di luar jangkaan saya.

“Insya-Allah saya akan menunaikan umrah menggunakan wang ini dalam masa terdekat dengan ditemani anak-anak,” katanya ketika ditemui selepas menerima tunggakan elaun itu di sini hari ini.

Ngah merupakan antara 12 penerima tunggakan elaun imam dan bilal masjid mukim yang disampaikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ibu kepada empat anak itu berkata, selama berkhidmat sebagai bilal masjid, arwah suaminya yang meninggal dunia pada usia 74 tahun tidak pernah menerima elaun bulanan selama 12 tahun sejak 2005.

“Sepanjang tempoh itu, arwah menyara hidup kami sekeluarga dengan menjadi nelayan sebelum meninggal dunia akibat serangan jantung lima tahun lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI