fbpx

Wujudkan sekolah K9 di Tanjung Malim buat pelajar Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hang Soon merasmikan majlis penyerahan projek CSR Sharp, Smart Classroom dan Sumbangan Pakaian Sekolah Kepada Sekolah Pos Bersih di Dewan Sekolah Pos Bersih, Slim River hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TANJUNG MALIM – Satu cadangan mengenai pelaksanaan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 Tahun (K9), melibatkan dua buah sekolah Orang Asli di Parlimen ini telah dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan (KPM).

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, dua buah sekolah yang terlibat merupakan Sekolah Kebangsaan (SK) Jernang, Sungkai dan SK Pos Bersih, Slim River.

Menurut Hang Soon, KPM disarankan agar tidak menunggu sehingga asrama dibina di dua buah sekolah ini untuk membolehkan ia menjadi sekolah K9.

“Sebenarnya saya telah mengemukakan cadangan kepada KPM supaya kalau dapat tidak perlu bina asrama, kita guna kelas sedia ada yang dijadikan bilik darjah.

“Saya rasa buat masa ini kita boleh memikirkan cara bagaimana untuk wujudkan dan cari penjawatan mana-mana yang sesuai supaya boleh kita mulakan konsep K9 di SK Jernang dan Pos Bersih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sharp dan Sumbangan Pakaian Sekolah kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Bersih, Slim River di sini hari ini.

Tambahnya lagi, cadangan berkenaan perlu dilaksanakan segera memandangkan ia penting untuk mengurangkan kadar keciciran dikalangan pelajar-pelajar Orang Asli di sekitar dua buah sekolah tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI