fbpx

Seleweng subsidi dalam gudang proses minyak hitam terpakai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjunaidi ( kanan) melihat diesel subsidi yang dirampas dalam serbuan tersebut hari ini.

KUALA LANGAT – Kegiatan penyelewengan diesel subsidi yang berselindung pemprosesan minyak hitam terpakai sejak dua tahun lalu tumpas selepas digempur, semalam.

Dalam serbuan pukul 9 pagi, aktiviti seleweng dalam gudang di Jalan Klang-Banting, Sungai Jenjarom berjaya merampas 109,700 liter diesel dan pelbagai barangan dianggarkan keseluruhan RM1.57 juta.

Turut ditahan menerusi operasi dilakukan cawangan risik Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 adalah tujuh suspek lelaki termasuk empat warga asing berusia 22 hingga 37 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, risikan selama sebulan itu mendapati modus operandi sindiket adalah membeli minyak diesel dari stesen minyak di sekitar Kuala Langat.

Katanya, sindiket menggunakan lori atau kenderaan pacuan empat roda yang telah diubahsuai mereka.

“Apabila tong yang diubahsuai telah penuh, kesemua minyak diesel akan dipindahkan ke dalam tangki simpanan “Skid Tank dan intermediate bulk containers (IBC) Tank” di gudang sebelum dijual semula kepada pengusaha industri.

“Ini bermakna, pihak industri akan membeli minyak diesel bersubsidi ini dengan harga yang lebih murah daripada harga industri tanpa subsidi yang agak mahal,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau, aktiviti sindiket itu dipercayai telah beroperasi sejak dua tahun lalu.

Tambah Arjunadi, sindiket menjual diesel subsidi tersebut kepada sektor perkapalan pada harga RM8 seliter dan industri perkilangan dan pembinaan sebanyak RM3.70 seliter.

Nilai kerugian kerajaan akibat dari aktiviti penyelewengan itu mencecah RM249,400.

“Berdasarkan serbuan itu, antara dirampas termasuk 21 buah lori, 67 tangki IBC, dua jentera forklift dan 28 unit pam penyedut minyak diesel.

“Semua suspek yang ditangkap pula berperanan sebagai pemandu lori dan pekerja am,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI