fbpx
Gambar hiasan

Zakat Selangor tiada kaitan kes seleweng dana zakat RM230 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menegaskan tidak mempunyai kaitan dengan kes penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta yang sedang disiasat pihak berkuasa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Khaidzir Shahari berkata, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung penahanan beberapa individu berkaitan kes itu.

“Kes melibatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Zakat Selangor atau pengurusan zakat institusi itu.
“Berikutan siasatan masih berjalan, Zakat Selangor tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut,” katanya hari ini.

Menurut beliau, Zakat Selangor beroperasi sebagai institusi zakat rasmi negeri di bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tertakluk kepada peruntukan undang-undang, sistem tadbir urus, kawal selia dan semak imbang menyeluruh.

Tambah Mohd. Khaidzir, pengurusan dana zakat turut meliputi pelbagai lapisan audit dan pemantauan termasuk dalaman atau luaran.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua lelaki termasuk seorang timbalan pengerusi NGO berusia 57 dan 61 tahun direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN