fbpx

Projek pemuliharan hidupan marin: YSD tambah peruntukan RM1.9 juta kepada MRF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Liyana Izwin (kiri), Yatela (kanan) dan Wan Muhammad Aznan pada majlis perasmian kursus TED di Pantai Remis dekat Lumut hari ini.

LUMUT – Yayasan Sime Darby (YSD) menyediakan pembiayaan tambahan sebanyak RM1.9 juta kepada Yayasan Penyelidikan Marin (MRF) bagi tajaan fasa kedua projek pemuliharaan hidupan marin.

Ketua Pegawai Eksekutif YSD, Yatela Zainal Abidin berkata, projek pemuliharaan itu merupakan penglibatan kali pertama MRD di Semenanjung Malaysia bagi memulihara hidupan marin termasuklah ikan pari, jerung dan dugong.

“YSD menyediakan pembiayaan tambahan sebanyak RM1.9 juta dalam tempoh penajaan dari 2020 hingga 2024, di samping pembiayaan fasa pertama bernilai RM270,000.

“Penambahan penajaan projek ini bertujuan untuk menggalakkan lagi penggunaan Peranti Penyisih Penyu (TED) di seluruh Malaysia bagi mengatasi masalah kematian spesies-spesies hidupan marin berpunca daripada pukat tunda,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Kursus TED bagi nelayan pukat tunda udang di Pantai Remis dekat sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Kanan Konservasi MRF, Liyana Izwan Khalid berkata, pihaknya telah melatih 200 nelayan di Sabah dan menyumbangkan 40 buah TED kepada pengguna pukat tunda udang di negeri itu.

“Usaha ini akan diperluaskan di Perak dan disambung ke Pantai Timur,” katanya yang turut memaklumkan, fasa pertama projek pemuliharaan hidupan marin tersebut pada 2018 telah dilaksanakan di Pantai Timur.

Menurutnya, pada fasa pertama, MRF telah melatih 240 orang nelayan untuk menggunakan TED di negeri-negeri Pantai Timur dengan dibantu oleh para pegawai Jabatan Perikanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI