fbpx
Tangkap layar video menunjukkan jemaah haji itu meminta turun daripada pesawat yang berada di udara. - TikTok

Jemaah haji minta turun pesawat, terlupa bagi makan ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang jemaah haji Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila meminta turun daripada pesawat kerana terlupa memberi makan ayam ternakannya, lapor portal berita Life Indozone. 

Pesawat tu dilaporkan dinaiki jemaah haji dari Mamuju, Sulawesi Barat menuju ke kota suci Madinah, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ancha_95 menunjukkan warga emas perempuan itu meminta bantuan seorang pramugari supaya dia boleh turun daripada pesawat. 

“Saya ingin turun, minta bantuan,” katanya. 

Wanita itu akhirnya kembali ke tempat duduknya selepas dipujuk oleh beberapa petugas haji dan kru. 

Beberapa sumber melaporkan, dia ingin turun daripada pesawat sebenarnya bukan kerana terlupa memberi makan ayam tetapi kerana berasa takut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN