fbpx

JAIS kenalpasti individu terlibat ajaran sesat Hadi Minallah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video majlis perhimpunan dianjurkan kumpulan didakwa Hadi Minallah di Langkawi pada Jun lalu.

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih menjalankan siasatan lanjut berhubung ajaran sesat Hadi Minallah di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd.Shahzihan Ahmad berkata, ini termasuk mengenalpasti perwatakan individu terlibat yang dikaitkan dengan sebarang sebaran ajaran tersebut.

Katanya, beliau mengakui terdapat pergerakan keluar masuk ke dalam negara oleh dua hingga lebih individu yang terlibat itu.

“Buat masa ini kita perhatikan sejauh mana penglibatan mereka dalam perkara (penyebaran ajaran sesat tersebut) ini.

“Malah, setiap maklumat tentang ajaran sesat tersebut sedang disahkan bagi memastikan kes tersebut menang di mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas selepas majlis perasmian Masjid Ar Raudhah Seksyen U10 Puncak Perdana di sini, malam tadi.

Kosmo! pada 23 Ogos lalu melaporkan penyebaran ajaran sesat Hadi Minallah turut dikesan berlaku di Selangor selain di dua negeri lain iaitu Johor dan Kedah.

Mengulas lanjut, Mohd. Shahzihan menjelaskan, pihaknya tidak akan memaklumkan hasil Jawatankuasa Persidangan tentang ajaran sesat tersebut buat masa ini.

“Kita tidak maklumkan apa-apa sebelum kita muktamadkan hasil siasatan awal.

“Ini disebabkan kita tidak mahu ada apa-apa juga maklumat yang akhirnya ia dieksploitasi dan kita akhirnya menang promosi sahaja. Tiada strategi untuk bertindak akhirnya kita tidak dapat matlamat perundangan untuk dikuatkuasakan,” tegasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI