fbpx

Fazura cipta dua rekod Malaysia Book Of Records

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZURA tidak menyangka dapat mencipta dua rekod baharu MBOR pada malam tersebut iaitu The Largest 'Tudung Fazura' Gathering in an Event dan The Largest Tudung Bawal in Malaysia.

BUKIT JALIL – Pelakon Fazura mencipta nama dalam dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila penganjuran konsert sulungnya, Faztival Fazura 2022 yang berlangsung di Axiata Arena malam kelmarin mendapat sambutan hebat peminat.

Bukan satu, Fazura bahkan tidak menyangka dapat mencipta dua rekod baharu MBOR pada malam tersebut iaitu The Largest ‘Tudung Fazura’ Gathering in an Event dan The Largest Tudung Bawal in Malaysia.

“Saya bersyukur kerana konsert ini mendapat sambutan luar biasa apabila dihadiri lebih 8,000 peminat dan penyokong saya.

“Alhamdulillah dan syukur untuk pengiktirafan ini. Kejayaan ini untuk anda dan kita semua,”katanya.

Terdahulu, konsert Faztival Fazura menampilkan persembahan hebat daripada Datuk M. Nasir, Datuk Awie, Ella, Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan  Amir Masdi.

Tidak setakat itu, konsert selama tiga jam yang menampilkan dendangan 34 buah lagu secara keseluruhan itu turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis Indonesia iaitu Mulan Jameela dan Ahmad Band.

Lebih istimewa, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu turut tampil menghiburkan peminat menerusi lagu-lagu medley popularnya dan diakhiri dengan gubahan semula lagu Jika Cinta Allah yang diiringi petikan gitar akustik oleh Ahmad Dhani.

Sebagai tanda sokongan terhadap isterinya, Fattah turut terbabit dalam konsert itu dan membuat persembahan pembukaan dengan bacaan selawat dan persembahan silat berlatarkan lagu Mentera Semerah Pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI