fbpx

1,847 kes Covid-19, 6 kematian dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 menunjukkan peningkatan kepada 1,847 kes semalam dengan tujuh kes import berbanding 1,483 kes kelmarin yang sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,806,954 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan negatif 306 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 26,033 kes.

Sejumlah 2,148 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,744,636 orang.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 598 kes diikuti Kuala Lumpur (340), Sabah (135), Perak (122), Kelantan (107), Kedah (88), Johor (80), Negeri Sembilan (75), Sarawak (67), Pulau Pinang (63).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Melaka (48), Pahang (47), Terenganu (32), Putrajaya (22), Perlis (16) dan Labuan (tujuh),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak enam kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,285 dan BID 7,711.

Sebanyak 24,752 kes dikuarantin di rumah, 10 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,204 kes di hospital, 22 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 45 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI