PERSEKITARAN ekonomi yang tidak menentu, ditambah lonjakan inflasi memerlukan orang ramai menguruskan wang atau kekayaan mereka secara lebih cermat dan sofistikated bagi memastikan nilainya dapat dikekalkan.
Menerusi perkembangan teknologi, Kenanga Investment Bank Berhad dan Rakuten Securities, Inc., sebahagian daripada Rakuten Group, Inc. yang berpangkalan di Jepun melancarkan Rakuten Trade pada 2017 sebagai broker saham digital pertama di Malaysia.
Platform teknologi kewangan itu memberi peluang kepada pelabur tempatan menikmati pengalaman pembrokeran saham dalam talian sepenuhnya termasuk yang melibatkan pembukaan akaun, saluran pasaran secara langsung, pelaksanaan dagangan, laporan penyelidikan dan juga ganjaran.
Setakat 31 Julai 2022, Rakuten Trade telah mengaktifkan lebih daripada 250,000 akaun perdagangan dan mengendalikan urus niaga bernilai lebih daripada RM105 bilion di Bursa Malaysia, manakala aset pelanggan yang dipegang di bawah amanah hampir mencecah RM3.5 bilion.
Pada Ogos lalu, Rakuten Trade turut melancarkan penambahbaikan pada perkhidmatan Pasaran Asing mereka bagi meningkatkan pengalaman berdagang di pasaran Amerika Syarikat (AS), ketika prestasi bursa tempatan dilihat sedikit lemah.
Wartawan Kosmo! baru-baru ini sempat menemu bual Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kazumasa Mise yang berbicara tentang trend melabur di pasaran asing serta perancangan masa depan syarikat menuju ke hadapan.

KOSMO!: Bolehkah terangkan tentang penambahbaikan Pasaran Asing yang dilancarkan baru-baru ini dan cara ia berfungsi?
Mise: Kami menambah kemudahan mata wang asing kepada dagangan ekuiti asing kami untuk memenuhi peningkatan permintaan pasaran.
Pelabur kini mendapat akses lancar untuk menukar dana antara Ringgit dan dolar AS untuk tujuan perdagangan saham AS melalui aplikasi iSpeed.my dan platform web kami.
Penukaran dibuat dalam masa sebenar, menggunakan kadar pertukaran kompetitif yang biaÂsanya lebih baik daripada kebanyakan bank.
Pelanggan boleh mula menggunakan penambahbaikan ini untuk dagangan mereka melalui platform yang sama dan dikenakan yuran pembrokeran yang rendah.
Bagaimana perkhidmatan dagangan asing memberi kesan kepada Bursa Malaysia?
Perkhidmatan Pasaran Asing kami berfungsi sebagai pemangÂkin kepada pelabur baharu untuk menguji strategi dagangan di Bursa Malaysia sebelum mempelbagaikan pelaburan ke pasaran AS.
Data kami menunjukkan lebih daripada 85 peratus pelanggan kami berdagang dahulu di Bursa Malaysia sebelum berkembang ke sana.
Apa perbezaan Rakuten Trade dengan broker lain?
Platform kami adalah dalam talian sepenuhnya, tidak seperti platform lain yang masih memerlukan beberapa interaksi fizikal, atau mengambil masa lebih dari satu jam untuk diluluskan.
Berada dalam talian sepenuhnya membolehkan kami mengekalkan kos dagangan yang rendah untuk pengguna. Inilah sebabnya yuran pembrokeran kami terus menjadi salah satu yang terendah di negara ini.
Mengapa memilih pasaran AS?
Dagangan di pasaran AS telah menjadi perkhidmatan yang paÂling diminta oleh pelanggan sejak pelancaran kami pada pertengahan tahun 2017 dan ia menawarkan pelbagai saham dan peluang untuk pelabur.
Sejak melancarkan dagangan AS, kami telah menerima samÂbutan menggalakkan daripada pelabur yang menghasilkan pertumbuhan dagangan yang kukuh dan stabil di NYSE (New York Stock Exchange) dan Nasdaq.
Selepas ini kami akan menyediakan akses ke bursa saham Hong Kong.
Adakah anak muda Malaysia bersedia dan mampu berdagang secara cermat di pasaran luar?
Cabaran pertama bagi kebaÂnyakan pelabur muda ialah akses. Walaupun pelabur Malaysia berminat menjadi pelabur global, akses kepada platform dalam talian yang mengenakan kadar berpatutan adalah sedikit dan jarang.
Rakuten Trade dapat merapatkan jurang ini dengan memberi pilihan kepada golongan muda untuk mempelbagaikan portfolio mereka merentasi pasaran berbeza, sekali gus memberikan lebih banyak peluang pelaburan termasuk peluang mengurangkan risiko kerugian dengan melebarkan pelaburan ke pelbagai pasaran.
Cabaran kedua ialah akses kepada pendidikan dan idea perdagangan yang boleh mereka fahami untuk membuat keputusan berdasarkan fakta serta informasi. Kami merapatkan jurang ini dengan menyediakan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai.
Pasukan penyelidik kami mengeluarkan laporan penyelidikan yang dipermudahkan mengenai saham AS setiap mingÂgu (berdasarkan konsensus Bloomberg) untuk mengenal pasti pembelian yang bernilai.
Pelabur juga mempunyai akses kepada artikel yang dikeluarkan oleh pasukan Motley Fool yang ditulis tanpa sebarang jargon.
Walaupun terdapat ketidaktentuan dalam pasaran ekuiti tahun ini, pelabur tempatan telah mempelbagaikan portfolio mereka di luar pasaran tempatan untuk mengurangkan risiko dan mengambil peluang daripada penurunan harga saham daripada jenama seperti Apple, Meta dan Tesla.














