fbpx
MEMPUNYai pasangan yang ertanggungjawab dan memahami merupakan impian bagi setiap insan.

Elak pilih pasangan panas baran, suka baling barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sikap panas baran sehingga pasangan berasa tidak selamat selain individu manipulatif yang suka mengongkong merupakan antara ciri-ciri ‘red flag’ yang perlu diawasi ketika memilih pasangan.

Kaunselor rumah tangga, Sarah Hamizah Zainal berkata, pasangan yang berani memukul ketika masih di alam percintaan mungkin akan melakukan perbuatan sama selepas memasuki alam berumah tangga.

“Apabila dia berani pukul sebelum berkahwin, jadi selepas berumah tangga bagaimana pula? Selepas kahwin, dia merasakan telah mempunyai hak untuk memukul pasangan disebabkan sudah menjadi suami atau isteri.

“Justeru kena tahu ‘red flag’ antaranya kalau pasangan mempunyai ciri-ciri panas baran sehingga menyebabkan kita rasa tidak selamat.

“Begitu juga sekiranya kita berasa takut jika tersalah cakap kerana bimbang dimarahi atau dipukul pasangan selain mereka yang suka membaling barang,” katanya.

Ujarnya lagi, ada juga individu yang suka memukul dan merasakan perbuatan itu tidak salah, bahkan menyifatkan ia perlu memandangkan pasangannya telah melakukan kesilapan.

Dalam masa sama, beliau berkata, individu yang bersikap manipulatif dan sentiasa mengongkong juga perlu dielakkan sekiranya mahu memilih pasangan hidup.

“Individu seperti ini sentiasa mengongkong pasangannya se­perti tidak boleh berkawan dengan orang lain atau perlu sentiasa memberitahu dan mengemas kini keberadaan mereka,” kata Sarah Hamizah.

Mengulas lanjut, Sarah Hamizah berkata, tips terbaik dalam memilih pasangan adalah kembali kepada ajaran agama Islam serta saranan Nabi Muhammad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN