fbpx

Pelbagai cara kreatif penyokong tanda sokong TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYOKONG setia TFC bersemangat memakai terendak dan mengibarkan bendera sebagai sokongan kepada Sang Penyu di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. – PUQTRA HAIRRY

BAHANG final Piala FA pada Sabtu ini kian terasa dengan penduduk Kampung Wakaf Dua, Marang ghairah me­nyiapkan 10 kain rentang buat Terengganu FC (TFC).

Seramai 50 penduduk kampung tersebut bergotong-royong menyiapkan kain ren­tang pelbagai saiz tersebut bagi menzahirkan sokongan padu buat skuad Sang Penyu.

Salah seorang penyokong, Muda Mat Ali, 60, berkata, inisiatif itu merupakan acara wajib penduduk Kampung Wakaf Dua setiap kali TFC melangkah ke perlawanan akhir Piala FA atau Piala Malaysia.

“Kain rentang ini merupakan cara kami untuk menunjukkan sokongan kepada pasukan kesayangan iaitu TFC dan seba­nyak RM500 telah dibelanjakan bagi menyiapkannya.

Selain itu, kami juga sudah menyediakan dua ekor lembu untuk disembelih sebagai kenduri sekiranya trofi Piala FA berjaya dibawa pulang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Wakaf Dua, Marang semalam.

Muda yang mesra dipanggil Pok Pin berkata, seramai 120 penduduk kampung tersebut termasuk wanita akan turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada TFC pada Sabtu ini.

Sementara itu seorang lagi penyokong, Norhashida Endut, 39, pula berkata, penduduk Kampung Wakaf Dua menjanjikan sokongan padu kepada Sang Penyu yang kali terakhir bergelar juara pada 2011.

Menurutnya, beliau menaruh harapan sokongan tidak berbelah bahagi penyokong tegar itu dapat dibalas dengan keputusan positif untuk menumbangkan pasukan pilihan, Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Kami sangat teruja kali ini setelah gagal dalam percubaan untuk mendakap Piala Malaysia empat tahun lalu di Stadium Shah Alam,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI