fbpx

Remaja hilang, 2 rakan tidak sedarkan diri lemas ketika mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat sedang melakukan operasi SAR mencari seorang lagi remaja yang hilang ketika mandi-mandi di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang remaja perempuan dikhuatiri lemas, dua tidak sedarkan diri manakala tiga lagi terselamat ketika mandi manda di Pantai Tanjung Balau di sini pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, PBK II Mohd Hazmi Zulkafli berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian lemas itu pada pukul 8.39 pagi dan menghantar 10 anggota ke lokasi kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat enam orang mangsa berusia 12 hingga 14 tahun melibatkan lima remaja perempuan dan seorang remaja lelaki telah lemas ketika sedang mandi di pantai.

“Tiga orang mangsa telah diselamatkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai, dua orang mangsa telah dijumpai oleh pihak bomba dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala seorang mangsa remaja perempuan berusia 13 tahun masih tidak dijumpai.

“PKO bertindak membawa naik dua orang mangsa yang tidak sedarkan diri dan memberikan rawatan awal bantuan pernafasan seterusnya menghantar ke Klinik Kesihatan Penawar dengan menggunakan jentera EMRS,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiga orang mangsa yang selamat juga telah dibawa ke klinik dengan menaiki ambulans.

Menurutnya, PKO bertindak membuat pencarian seorang lagi mangsa yang masih belum dijumpai dengan menggunakan kaedah ‘surface searching’ pada jarak lebih kurang 80 meter dari persisiran pantai.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI