fbpx

Penduduk sekitar Zaporizhzhia diminta pindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loji nuklear Zaporizhzhia kini terputus bekalan kuasa akibat dibedil tentera Rusia dan Ukraine. - Dmytro Smolyenko

KIEV – Kerajaan Ukraine meminta penduduk di sekitar  loji nuklear Zaporizhzhia segera meninggalkan kediaman mereka susulan khabar angin serangan dahsyat akan berlaku di kawasan tersebut, laporan akhbar Metro News UK kelmarin.

Kebimbangan semakin memuncak bahawa malapetaka nuklear seperti yang menimpa  Chernobyl bakal berulang di Zaporizhzhia. Ini berikutan pertempuran sengit dan berterusan antara tentera Ukraine dan Russia.

Timbalan Perdana Menteri, Iryna Vereshchuk sekali lagi merayu kepada Russia untuk membenarkan koridor kemanusiaan bertujuan  untuk memindahkan penduduk awam dari kawasan dan wilayah bersebelahan dengan loji nuklear tersebut.

Namun dalam masa sama, Vereshchuk turut menyampaikan gesaan dalam  saluran Telegram agar penduduk berpindah secara sukarela terlebih dahulu.

“Saya merayu kepada penduduk di sekitar Loji Janakuasa  Nuklear Zaporizhzhia supaya segera berpindah.

“Cari jalan untuk pergi ke wilayah yang berada di bawah kawalan tentera Ukraine,” tulis mesej berkenaan.

Loji nuklear  itu diduduki oleh tentera Rusia sejurus selepas pencerobohan oleh Moscow pada Februari lalu.

Namun dalam beberapa minggu kebelakangan ini, loji berkenaan berulang kali dibedil dengan Ukraine dan Russia saling menuding jari atas serangan tersebut.

Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmygal mendesak inisiatif baharu diwujudkan bagi meredakan ketegangan antara kedua-dua belah pihak.

“Kami mencadangkan untuk mewujudkan misi antarabangsa dengan penyertaan Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi lain,” kata Shmygal. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI