fbpx

Misteri kekayaan RM1.9 bilion Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sumber kekayaan Ratu Elizabeth yang merupakan salah seorang wanita terkaya dunia tidak pernah didedahkan oleh pihak istana. - EPA

LONDON – Mendiang Ratu Elizabeth II ialah salah seorang wanita terkaya di dunia, namun asal usul sumber kekayaan baginda yang bernilai sekitar £370 juta (RM1.9 bilion) kekal misteri sehingga kini, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Bagaimanapun, anggaran tersebut tidak mengambil kira perbezaan antara kekayaan peribadi Ratu dan kekayaan yang dipegang sebagai pemerintah berdaulat dalam amanah untuk penggantinya dan negara.

Koleksi Diraja, koleksi seni dan artifak yang tiada tandingan, Istana Buckingham, beberapa kediaman diraja lain dan Mahkota Permata tidak berada dalam kekayaan peribadi baginda.

Kesemua harta itu disimpan olehnya bagi pihak kerajaan sebagai sebahagian daripada warisan Britain.

Istana St James, Istana Kensington, Istana Windsor dan Istana Holyroodhouse, Edinburgh, serta Istana Buckingham, dianggap sebagai aset tidak boleh dimiliki dan tidak boleh dijual.

Namun begitu, Ratu Elizabeth II mempunyai pelbagai koleksi lukisan peribadi, setem, kuda lumba, portfolio saham termasuk kediaman singgahan iaitu Istana Sandringham dan Istana Balmoral.

Sandringham, estet peribadi Ratu Elizabeth II di Norfolk, telah berada dalam keluarga diraja selama lebih daripada satu abad dan menjadi rumah kepada empat generasi raja sejak Edward VII.

Begitu juga Balmoral, di Tanah Tinggi Scotland, Aberdeenshire, adalah harta persendirian Ratu Elizabeth II, diturunkan kepada raja-raja sejak Ratu Victoria yang mengambil hak milik secara langsung pada tahun 1852.

Koleksi Filateli Diraja, yang diasaskan oleh datuk baginda, Raja George V dan ditempatkan di Istana St James dan diabadikan dalam setem Great Britain dan Komanwel, dimiliki oleh ratu secara peribadi dan bukan harta negara.

Dalam tempoh 30 tahun sehingga 2017, Ratu Elizabeth II memenangi hadiah perlumbaan lumba kuda dari ladangnya dalam bentuk wang berjumlah kira-kira £6.7 juta (RM34.8 juta).

Pendapatan daripada portfolio pelaburan peribadi Ratu Elizabeth II turut digunakan untuk menampung perbelanjaan peribadinya.

Nilai portfolio itu tidak didedahkan tetapi ketua keluarga diraja, Lord Chamberlain berkata pada 1993 bahawa anggaran tidak melebihi £100 juta (RM520 juta).

Estet Duchy of Lancaste turut memberikan Ratu Elizabeth II pendapatan tahunan.

Estet itu tidak dimiliki oleh baginda secara peribadi tetapi dimanfaatkan dalam peranan awamnya sebagai pemerintah berdaulat.

Duchy of Lancaster menyediakan sumber pendapatan bebas yang dikenali sebagai Privy Purse, digunakan untuk perbelanjaan rasmi dan swasta serta untuk menampung perbelanjaan ahli keluarga diraja yang lain.

Pada tahun 2021 hingga 2022, ia mencecah nilai £23.96 juta (RM124 juta).

Pendapatan ini dibenarkan untuk perbelanjaan rasmi selepas dikenakan cukai oleh Hasil Dalam Negeri bermula April 1993.

Ratu Elizabeth II mengumumkan pada 1992 bahawa baginda akan membayar cukai dan mengurangkan saiz Senarai Sivil.

Tetapi baginda tidak pernah mendedahkan butiran tentang jumlah cukai yang dibayar. 

Sumber pendapatannya yang lain sebagai Ratu ialah bayaran Senarai Sivil dan Bantuan Kerajaan.

Tetapi mulai 2013, bayaran tersebut telah dibatalkan demi Geran Berdaulat berdasarkan bahagian keuntungan daripada Estet Mahkota.

Di bawah geran baharu yang dibiayai oleh pembayar cukai, Ratu Elizabeth II menerima 15 peratus daripada keuntungan daripada Estet Mahkota namun dari dana dua tahun tertunggak sebelum pembatalan.

Pemberian ini meliputi kos pengendalian kediaman rasmi Ratu Elizabeth II dan acara-acara seperti majlis resepsi rasmi, upacara dan pesta taman.

Peratusan itu meningkat kepada 25 peratus pada 2017 untuk menampung kos program baik pulih selama 10 tahun di Istana Buckingham, Estet Mahkota memberikan Ratu Elizabeth II pendapatan kira-kira £86.3 juta (RM436 juta) pada 2021 hingga 2022. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI