fbpx

Ismail Sabri ucap takziah atas kemangkatan Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri menzahirkan ucapan takziah hari ini

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh kerabat diraja, kerajaan dan rakyat United Kingdom atas kemangkatan Ratu Elizabeth II hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Ismail Sabri berkata, jasa baginda mengekalkan hubungan baik antara United Kingdom dan negara seluruh dunia termasuk Malaysia akan kekal diingati dan dihargai.

“Mewakili seluruh Keluarga Malaysia, saya menzahirkan ucapan takziah dan rasa sedih kepada seluruh kerabat diraja baginda, kerajaan dan rakyat United Kingdom atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

“Baginda yang juga pemerintah paling lama dalam sejarah dunia terkenal dengan sifat dedikasi dalam menjaga kebajikan rakyatnya,” katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut berharap agar keluarga diraja dan rakyat United Kingdom terus tabah menghadapi dugaan dugaan tersebut.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Ratu Elizabeth II dilaporkan mangkat pada usia 96 tahun hari ini selepas berada di bawah pengawasan doktor.

Berita duka itu disahkan oleh Istana Buckingham menerusi kenyataan akhbar dimuat naik pada Instagram The Royal Family.

Ratu Elizabeth II menjadi Ratu Britain selama 70 tahun selepas kematian ayahanda baginda, Raja George VI pada 6 Februari 1952 ketika baru berusia 25 tahun. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI