fbpx

Siasatan penama dalam buku lejar UKSB selesai dalam tempoh terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam ketika bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis 1st MACC Law Enforcement Accredited Programme Convocation 2022 di PICC Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (DPRM) memaklumkan bahawa siasatan berhubung nama-nama individu yang disenaraikan dalam buku lejar Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) dijangka akan selesai dalam masa terdekat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ia berikutan hampir kesemua penama-penama berkenaan telah dipanggil untuk dirakam keterangan oleh SPRM.

“Siasatan mengenai UKSB kita telah jalankan dan kita telah memanggil hampir kesemua penama-penama yang disebutkan dalam lejar itu.

“Saya jangka mungkin dalam tempoh terdekat ini akan disiapkan dan seperti mana yang saya maklumkan setelah siasatan disiapkan kita akan kemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk dikaji dan dibuat satu keputusan kes-kes berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Istiadat Konvokesyen MACC Law Enforcement Accredited Programme di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Terdahulu, SPRM telah mengambil keterangan empat individu ahli politik yang namanya disebut di dalam buku lejar UKSB berkaitan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Difahamkan, keterangan itu diambil bagi menentukan sama ada pemberian atau penerimaan wang adalah berunsur rasuah ataupun tidak.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu nama-nama ahli politik disebut ketika perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI