fbpx

Mahkamah: Lelaki didenda RM21,000 buat komunikasi jelik terhadap Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Padah membuat dan menghantar komunikasi jelik berunsur penghinaa terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dalam Facebook (FB) miliknya, seorang pengawal keselamatan didenda RM21,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd. Hairol Ahmad, 41, selepas tertuduh mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara selama18 bulan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Mohd. Hairol didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Mohammad Khairolmanshur’ antara pukul 10.51 pagi hingga pukul 11.01 pagi pada 24 Ogos lalu.

Ketiga-tiga hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini,  pukul 6.13 petang pada hari sama.

Kesemua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam semasa merayu menangis supaya mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana begitu menyesal atas perbuatannya.

“Puan Arif tolong maafkan saya., saya pun bertindak emosi dan bodoh semasa berada di rumah hingga memuat naik statu jelik tanpa sedar kesan serta betapa serius kesalahan ini.

“Saya merupakan penanggung utama keluarga dan saya sendiri akan membawa emak saya ke hospital untuk menjalani pembedahan hempedu pada Jumaat ini,” katanya yang menangis teresak-esak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling mencadangkan hukuman pemenjaraan dan denda yang berat kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius selain ia sebagai iktibar kepada masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI