fbpx

Treler bawa kereta terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran treler di Kilometer 227.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dekat Pedas, Rembau petang tadi. - FOTO: IHSAN BOMBA

REMBAU – Empat buah kenderaan baharu musnah dijilat api selepas sebuah treler terbakar di Kilometer 227.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berdekatan Pedas, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Mohd. Izwan Md. Said berkata, sepasukan anggota dari Balai Rembau, Kota dan Alor Gajah, Melaka dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pukul 5.20 petang.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi didapati kebakaran melibatkan bahagian belakang sebuah treler membawa kereta baharu.

“Secara keseluruhannya terdapat enam buah kereta di atas treler tersebut. Empat daripadanya musnah 100 peratus manakala dua lagi masing-masing terbakar 50 peratus dan tidak terbakar.

“Setakat pukul 6.25 petang ini, operasi masih berjalan. Punca dan jumlah kerugian juga masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung satu video berdurasi 24 saat memaparkan sebuah treler membawa kenderaan baharu terbakar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI