fbpx

Kucing batu mati dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shaari menunjukkan keadaan kucing batu yang ditemui mati di Jalan Bongek-Gadong menghala ke Gunung Datuk, Rembau petang semalam.

REMBAU – Seekor kucing batu atau nama saintifiknya Prionailurus Bengalensis ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan di Jalan Bongek-Gadong menghala ke Gunung Datuk, di sini petang semalam.

Penduduk, Shaari Idris, 63, berkata, kejadian berkenaan merupakan kejadian kali kedua berlaku di mana kejadian kali pertama pada awal tahun lalu.

Menurutnya, populasi binatang kucing batu atau lebih dikenali sebagai kucing hutan oleh penduduk itu agak banyak di sekitar kawasan berkenaan disebabkan faktor hutan serta ladang kelapa sawit.

“Kali pertama dahulu dilanggar, kali kedua pun sama melihat kepada kesan kecederaan haiwan ini. Kebiasaannya memang pemandu akan laju melalui kawasan ini terutamanya pada waktu malam disebabkan jalan sunyi.

“Rasa kasihan juga, lebih-lebih lagi haiwan ini merupakan haiwan yang dilindungi,” katanya ketika ditemui di lokasi di Kampung Bongek di sini tadi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Nurul Ermi Ramli berkata, ini merupakan kejadian kedua di lokasi yang sama dan pihaknya akan ke lokasi bagi tindakan selanjutnya.

Untung rekod, kucing batu adalah spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI