fbpx

Malaysia juara dunia dodgeball

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN dodgeball lelaki negara muncul juara dunia selepas menewaskan Australia pada aksi final Kejohanan Dodgeball Dunia 2022 di Edmonton semalam.

PETALING JAYA – Skuad dodgeball lelaki negara kembali mencipta sejarah apabila muncul juara dunia selepas menjuarai Kejohanan Dodgeball Dunia 2022 di Edmonton, Kanada.

Skuad negara mengesahkan gelaran itu selepas menewaskan Australia 10-5 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Sukan Komuniti Saville semalam.

Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD), Datuk V. Radhakrishnan berkata, kejayaan itu merupakan hadiah bermakna buat Malaysia selepas menyambut Hari Kebangsaan ke-65 pada 31 Ogos lalu.

“Sebagai Presiden MAD, saya amat berbangga dengan pencapaian skuad negara kerana kita bertemu dengan pasukan-pasukan handalan dunia.

“Terima kasih kepada barisan kejurulatihan dan pemain kerana memastikan status juara dunia menjadi milik Malaysia. Pasukan ini akan diberikan ganjaran yang setimpal,” katanya dalam satu kenyataan.

Ia adalah gelaran juara dunia ketiga buat skuad sejak mula memenanginya sewaktu edisi 2017.

Sementara itu, pasukan dodgeball campuran negara turut cemerlang apabila meraih pingat perak selepas tewas kepada Kanada dengan keputusan 3-5.

“Walaupun MAD menyasarkan dua pingat emas tetapi kami tetap bersyukur dan berbangga kerana tetap berjaya membawa pulang satu emas dan satu perak di sini,” jelas Radhakrishnan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI