fbpx

Tindakan tegas kepada peniaga jual ayam lebih RM9.40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (kiri) meninjau keadaan Masjid Kampung Laut semasa melawat Laman Warisan Kampung Laut, Tumpat hari ini. /FOTO ROHANA ISMAIL

TUMPAT – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada peniaga yang menaikkan harga siling ayam melebihi RM9.40 sekilogram berikutan terdapat dakwaan bahawa peladang mula mencatu bekalan bahan mentah itu ketika ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, setakat ini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sentiasa memantau dan teliti isu tersebut.

Menurutnya yang juga ahli Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, peniaga tiada sebab untuk menaikkan harga ayam kerana kerajaan masih memberi subsidi terhadap bahan mentah itu.

“Kita sedia maklum beberapa rungutan mengenai kesukaran mendapat bekalan ayam selain daripada harga anak ayam yang meningkat. Kerajaan juga sentiasa memantau maklum balas pengguna melalui laporan media.

“Selain itu, kerajaan akan memastikan isu mengenai ayam dapat distabilkan dan ayam masih dijual tidak melebihi harga siling iaitu RM9.40,” katanya ketika ditemui selepas melawat Laman Warisan di Kampung Laut, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata, Projek Laman Warisan telah siap sepenuhnya pada Mac lalu melibatkan kos bernilai RM40 juta merangkumi dua komponen iaitu Laman Serunding dan Laman Seni.

“Ia termasuk kos pengambilan tanah sebanyak RM7.5 juta. Laman Serunding pula siap pada Jun tahun lalu manakala Laman Seni yang menempatkan Masjid Kampung Laut pula pada Mac lalu baru-baru ini.

“Projek itu dapat memberi manfaat dan peluang pekerjaan kepada penduduk di sini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI