fbpx

Najib dimasukkan ke HKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun kerana perbuatan rasuah dilaporkan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut laporan sebuah portal berita yang memetik sumber, Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang dimasukkan ke HKL pagi tadi kerana masalah kesihatan.

“Setakat ini belum diketahui adakah beliau (Najib) akan terus menerima rawatan di HKL atau balik ke penjara.

“Sumber terdekat Najib pula memaklumkan beliau mengalami pendarahan pada usus,” lapor portal berita berkenaan.

Mahkamah Persekutuan baru-baru ini mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib.

Bekas Perdana Menteri itu didapati bersalah pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI