fbpx

Himpunan usahawan jutawan RichWorks di Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Lebih 300 usahawan jutawan bakal berhimpun dalam Inner Circle Meeting (ICM) Indonesia untuk mempersiapkan bisnes berdepan krisis dan cabaran masa ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd., Radz Mohd. berkata, program tersebut merupakan bimbingan intensif yang disampaikan sendiri oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

“Usahawan jutawan di bawah pementoran Titanium terdiri daripada pelbagai industri yang mempunyai tujuan sama dalam membina bisnes berjaya.

“ICM kali ini sedikit istimewa kerana akan disertai sekitar 30 usahawan terutama di bawah Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

ICM itu bermula pada 7 hingga 9 September bagi Titanium Circle dan sehingga 11 September untuk kumpulan Premier.

Tambah Radz, RichWorks turut menaja 30 usahawan Indonesia mengikuti program eksklusif berkenaan, yang telah membantu melahirkan ramai usahawan berjaya.

“Peserta bukan sahaja mendapat ilmu, malah dapat membina networking dan berada dalam komuniti usahawan kami.

“Strategi kejayaan kami untuk membina usahawan berjaya sejak 2008 akan diguna pakai bagi menyokong mereka,” jelasnya.

Bagi usahawan yang berminat mendapatkan bimbingan secara langsung pada 28 – 30 Oktober depan, layari binabisnesberjaya.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI