fbpx

76 PATI Myanmar dicekup di tebing Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seramai 76 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar termasuk 14 orang wanita dicekup sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di tebing Sungai Golok berhampiran pangkalan haram Guchil, Jeram Perdah dekat Pasir Mas awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sepasukan pegawai dan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan kesemua PATI itu kira-kira pukul 1.50 pagi selepas menjalankan intipan di kawasan berkenaan selama 20 minit.

Menurutnya, semasa intipan dijalankan, pihaknya mengesan pergerakan individu menaiki tebing sungai di sempadan negara berhampiran pangkalan haram Guchil.

“Pemeriksaan terhadap sekumpulan individu itu mendapati mereka terdiri daripada 62 orang lelaki dan 14 wanita warga Myanmar berada di tebing sungai.

“Daripada kesemua PATI yang ditahan, seramai 14 PATI termasuk tiga wanita mengemukakan pasport yang tiada butiran perjalanan sah manakala selebihnya tiada dokumen perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhamad Zaki, pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan tersebut turut menjumpai sebutir peluru kaliber 9 milimeter (mm) tertulis ‘Thai Arms 9 mm’.

Katanya, kesemua PATI kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 55E/ 6(1)(c) Akta Imigresen 1963 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI