fbpx

Peningkatan permintaan pacu prestasi TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) kekal mencatatkan prestasi berdaya tahan pada separuh tahun pertama 2022 (H1 2022), disokong pertumbuhan permintaan elektrik sebanyak lima peratus tahun ke tahun, sejajar pertumbuhan berterusan ekonomi pasca pandemik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Baharin Din berkata, hasil Kumpulan tanpa bayaran balik Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bagi tempoh tersebut meningkat 4.4 peratus kepada RM24.99 bilion daripada RM23.93 bilion.

Jelasnya, ia berikutan kenaikan jualan elektrik TNB dalam semua sektor, selaras peningkatan keseluruhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 6.9 peratus tahun ke tahun.

“Secara keseluruhan, kami mencatatkan keuntungan selepas cukai lebih tinggi, kepada RM905.6 juta pada suku kedua 2022, berbanding dengan RM871.2 juta pada suku pertama 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, berikutan pengumuman prestasi kewangan TNB pada Selasa lalu.

Mengulas mengenai akaun belum terima yang besar disebabkan ICPT pada H1 2022, Baharin berkata, Kumpulan mengambil langkah proaktif untuk mengurus modal kerja, termasuk memenuhi kewajipan kepada pembekal serta vendor melalui pemantauan aliran tunai berterusan dan mendapatkan pinjaman tambahan apabila diperlukan.

“Kami kekal berhemat dalam pengurusan modal kerja dan menjangka penarafan kredit kami kekal stabil.

“TNB turut menambah baik kutipan dengan kadar purata 98 peratus untuk H1 2022 berbanding 92 peratus tahun lalu,” katanya.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan pembayaran RM5.8 bilion kepada TNB, selain jaminan kemudahan pinjaman RM6 bilion bagi menangani keadaan harga bahan api yang tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI