fbpx

Pemuzik jalanan mewah tarik perhatian netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang pemuzik jalanan lengkap dengan peralatan elektroniknya. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang pemuzik jalanan menggunakan peralatan elektronik ketika membuat persembahan di tepi jalan raya, lapor laman berita Suara.com.

Video berkenaan dimuat naik dalam akaun Instagram @merapi_uncover.

Lelaki itu dikatakan membuat persembahan di persimpangan lampu isyarat Terminal Condongcatur, Yogyakarta.

Pemuzik itu dilihat mempunyai peralatan lengkap seperti komputer riba, pembesar suara dan beberapa peralatan lain. Alat-alat ini diletakkan di atas meja kayu yang dibawanya.

Dalam video tersebut, kedengaran muzik yang baru-baru ini tular di beberapa platform media sosial.

Sementara muzik dimainkan, pemuzik jalanan itu dilihat berjalan ke arah pemandu-pemandu sambil membawa sebuah kotak.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen dengan sebilangan mereka beranggapan pemuzik itu cukup mewah dari segi kelengkapan.

“Mungkin cari wang tambahan untuk sekolah,” kata seorang netizen.

“Wang disimpan boleh beli komputer riba,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI