fbpx

Ibu tidak pulang, mayat ditemui dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang wanita ditemui di dalam sungai di hadapan sebuah sekolah di Kuala Kubu Bharu.

HULU SELANGOR – Kebimbangan seorang anak selepas ibunya tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu terjawab apabila lelaki terbabit menemui mayat wanita itu dalam sungai di hadapan sekolah agama sekitar Kuala Kubu Bharu di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, anak lelaki mangsa yang berusia 22 tahun itu menemui jasad ibunya di dalam sungai pada pukul 12 tengah hari tadi.

“Sebelum ini, anak lelaki mangsa telah datang untuk membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kubu Bharu memaklumkan ibunya tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu.

“Lelaki itu kemudian menemui mangsa yang telah meninggal dunia di tempat kejadian hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Suffian, hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 57 tahun.

“Pemeriksaan forensik pula mendapati tiada unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Sehubungan itu, orang ramai diseru untuk tampil membuat pengaduan ke balai polis berhampiran sekiranya mempunyai maklumat berhubung kejadian bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI