fbpx

Hari Kebangsaan: Lebih 5,000 banjiri Dataran Iskandar Puteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menyaksikan perarakan kereta perisai ATM sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 65 Peringkat negeri Johor di Dataran Iskandar Puteri disini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Dataran Iskandar Puteri, di sini disambut penuh kemeriahan setelah dua tahun ia tidak diraikan.

Seawal pukul 6 pagi, kelihatan ramai ibu bapa berpusu-pusu memasuki pekarangan Dataran Iskandar Puteri membawa anak-anak untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan.

Menurut Amirah Mohd. Yusof, 35, tiga orang anaknya begitu teruja untuk menyaksikan perbarisan apabila sanggup banging tidur seawal pukul 5 pagi.

Suri rumah itu berkata, lebih mengujakan apabila anak-anak teruja untuk mengenakan pakaian bertemakan Jalur Gemilang yang ditempah khas dua bulan lalu.

“Selepas pandemik Covid-19, ini adalah pertama kali kita menyambut Hari Kebangsaan, jadi saya bawa anak-anak untuk merasai sendiri kehangatan kemeriahan sambutan pada hari ini.

“Pengalaman ini memberi pendedahan kepada mereka mengenal erti kemerdekaan, kemerdekaan ini bukan sahaja bebas daripada penjajah tetapi pemikiran kita sendiri yang berjiwa merdeka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Majlis sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dengan perbarisan masuk bermula 7.30 pagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI