fbpx

Tiga sahabat Orang Asli mengaku tidak bersalah rogol gadis bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketiga-tiga tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan atas tuduhan merogol gadis bawah umur hari ini.

KUANTAN – Tiga sahabat Orang Asli didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur pada 20 Ogos lalu.

Bagaimanapun ketiga-tiga tertuduh iaitu Rosli Bakar, 29, Helmat, 22 dan Murad Ahmad, 26, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Shahrul Rizal Majid.

Menurut kertas pertuduhan ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama melakukan rogol berkumpulan ke atas mangsa berusia 14 tahun empat bulan.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di hutan berhampiran simpang kawasan perkuburan lama, dekat Bukit Ibam, Muadzam Shah, antara 20 Ogos hingga 21 Ogos lalu kira-kira pukul 11.15 malam hingga 7 pagi.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa raya, Sharifah Nurul Syuhada Tuan Mamat manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Saifuddin Abdul Rahman.

Ketika prosiding, pihak pendawakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kerana ketiga-tiga tertuduh telah didakwa di Mahkamah Majistret Pekan, semalam di bawah Sesyen 302 Kanun Keseksaan bagi mangsa yang sama.

Mahkamah menetapkan tarikh 29 September depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Pada 23 Ogos lalu, Kosmo! melaporkan tiga lelaki Orang Asli yang disyaki terlibat dalam kes membabitkan kematian seorang remaja perempuan ditangkap di Bukit Ibam.

Penahanan suspek dilakukan susulan penemuan mayat mangsa dalam keadaan berdarah di tangan dan kepala di kawasan lereng bukit yang bersemak berdekatan dengan laluan rumahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI