fbpx

21,000 diesel bersubsidi dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jegan (kiri) ketika sidang akhbar rampasan lori tangki berisi diesel di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan di sini hari ini. /FOTO SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang merampas 21,000 liter minyak diesel bersubsidi dipercayai diseleweng dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Paboi, Simpang Ampat di sini malam tadi.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, rampasan kira-kira pukul 11.30 malam itu turut menyita dua buah lori dan sebuah lori tangki minyak dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM115,150.

Menurutnya, ketika serbuan dijalankan, terdapat empat lelaki sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak diesel daripada sebuah lori berkapasiti 10 tan yang telah diubahsuai ke dalam sebuah lori tangki.

“Dianggarkan terdapat sebanyak 5,000 liter minyak diesel dalam lori terbabit manakala lori tangki pula sudah diisi kira-kira 10,000 liter minyak diesel.

“Bukan itu sahaja, di dalam premis terbabit kita turut menemui sebuah lori yang berisi 6,000 liter minyak diesel.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen untuk menyimpan minyak diesel,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, keempat-empat individu yang berusia lingkungan 30 sehingga 50 tahun bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI