fbpx

Syarikat Malaysia meterai MoU RM34 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI (tengah) hadir menyaksikan majlis menandatangani dan pertukaran MoU melibatkan sembilan syarikat tempatan bersama konglomerat dari Arab Saudi hari ini.

KUALA LUMPUR – Sembilan buah syarikat tempatan memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama sebuah konglomerat dari Arab Saudi, Ajlan Bros Holding Group di sini hari ini.

Majlis menandatangani dan pertukaran MoU berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MoU dengan pelaburan secara kolektif bernilai AS$7.5 bilion (hampir RM34 bilion) itu melibatkan sektor semi-konduktor, perdagangan sosial, teknologi perubatan, industri pertahanan dan hiburan.

Syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat ialah Dagang NeXchange Berhad (DNex), Aerodyne Systems Sdn. Bhd., National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI), Twistcode Technologies Sdn. Bhd., CyberSecurity Malaysia, Malaysia Genomics Resources Centre Berhad, Meta Universe Sdn. Bhd., Light Up 7 Sdn. Bhd. dan My Events Sdn. Bhd. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI