fbpx

Satu daripada 20 kanak-kanak alami gangguan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (tengah) menyempurnakan perasmian Laporan dan Infografik Negara Malaysia 2022 di sini hari ini.

PUTRAJAYA- Satu daripada 20 kanak-kanak berusia antara lima hingga sembilan tahun dilaporkan mengalami masalah gangguan mental termasuk gangguan tumbesaran.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 turut melaporkan satu daripada lapan remaja berusia 10 hingga 19 tahun turut mengalami masalah sama.

Menurut beliau, antara faktor risiko kesihatan mental yang lemah adalah pendedahan terhadap keganasan, penganiayaan rakan sebaya dan buli, kesunyian dan pengasingan sosial yang berleluasa.

“Kesihatan mental kanak-kanak dan remaja adalah salah satu isu kesihatan yang paling diabaikan di seluruh dunia dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan 10 hingga 20 peratus daripada mereka mengalami keadaan kesihatan mental lemah.

“Keadaan itu boleh memberi kesan mendalam kepada kesihatan umum, kebolehan pembelajaran dan penyertaan kanak-kanak sekali gus menghadkan peluang mereka untuk mencapai potensi penuh mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Laporan dan Infografik Negara Malaysia 2022: Memperkukuh Sistem dan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) untuk Kanak-kanak dan Remaja di Rantau Asia Timur dan Pasifik di sini tadi.

Jelasnya, mereka yang terjejas memerlukan sokongan teliti untuk membangunkan kemahiran sosial dan emosi bagi menjalani kehidupan yang sihat dan memuaskan.

“Kajian NHMS yang dijalankan setiap lima tahun turut melaporkan seramai 424,000 kanak-kanak mengalami masalah mental dan tidak tampil untuk mendapatkan bantuan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI