fbpx

Pejalan kaki maut dirempuh Perodua Bezza terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perodua Bezza yang disyaki terbabas mengakibatkan pejalan kaki maut dalam kejadian di Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala WTCKL, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang pejalan kaki maut dilanggar sebuah kereta Perodua Bezza dalam kejadian di Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), berhampiran susur keluar Wisma Tani, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku sekitar pukul 7.55 pagi ketika kereta tersebut dipandu seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun.

“Kenderaan jenis Perodua Bezza yang dipandu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh seorang lelaki yang sedang berjalan di bahu kiri jalan.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa parah di kepala dan maut di lokasi kejadian manakala, pemandu tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa yang tidak dikenal pasti warga negara itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Mengulas lanjut, Noor Dellhan berkata, kes tersebut telah disiasat oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Kuala Lumpur. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI